Wednesday, December 29, 2010
♥ 12:34:00 AM
|
Malaysia |
Permainan sebenar. Itulah yang boleh digambarkan dengan aksi terpuji skuad Harimau Malaya yang rata-rata dibarisi pemain muda. Harus ada rasa bangga diseluruh rakyat Malaysia atas persembahan menarik dan mantap dari keseluruh pemain-pemain Malaysia.
Tiada rasa gentar, tiada hantaran yang tidak tepat. Mereka lakukan aksi yang terbaik pada perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil. 3 0 satu angka yang sudah boleh dianggap cukup selesa untuk dibawa ke Stadium Bung Karno. Semuanya kini terpulang pada pemain untuk menjadikannya satu impian yang menjadi kenyataan.
Persembahan yang cukup bertenaga dari anak muda kita, pertahanan yang begitu berdisiplin berjaya mengekang terus jentera serangan Indonesia yang diketuai oleh Christian Gonzales yang nyata tenggelam dalam aksi pertama ini. Ahmad Muslim mengotakan janjinya untuk meratai terus pergerakan penjaring terbanyak liga Indonesia itu.
Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke 60 hasil gerakan bijak dan menghiburkan dari Norshahrul Idlan Talaha yang masih merah inai dijarinya melorong cantik kepada Safee Sali yang mudah menolak masuk menewaskan Markus. Idlan nyata berada dikelas tersendiri apabila mudah memperdaya pertahanan Indonesia untuk Ashaari Samsudin menjaringkan gol kedua pada minit ke67.
Safee terus mengukuhkan kedudukan hasil tandukan ‘free header’ pada minit ke 72 yang nyata mematikan langkah penjaga gol Indonesia, Markus. Tangisan Safee selepas menjaringkan gol itu memang sepatutnya kerana beliau kini mendahului senarai penjaring kejohanan.
Namun tindakan penyokong yang kurang bijak menghala laser ke arah pemain Indonesia sedikit sebanyak mencacatkan keraian malam tadi. Permainan terhenti 5 minit apabila Markus terganggu akan pancaran laser tersebut. Sikap yang agak kurang cerdik ini sepatutnya tidak dilakukan kerana ianya akan menjadi alsan utama kegagalan pasukan Indonesia dan pastinya pasukan negara juga akan terancam bila bertandang ke Bung Karno nanti.
Malaysia nyata mendominasi permainan malam tadi tanpa banyak kesilapan yang dilakukan dan Khairul Fahmi tidak diuji bertubi-tubi namun adakala beliau mengunakan ketangkasan beliau untuk menafikan gol Indonesia.
Sejarah semakin hampir untuk dicipta bolasepak Malaysia untuk menjuarai kali pertama Piala Suzuki AFF 2010 ini.